Languages : malay | english

  • 173

    .

MAJLIS PERASMIAN & TEMU DUGA



MAJLIS PERASMIAN

Tarikh : 22 Oktober 2021 (Jumaat)

Masa : 8.30 pagi

Kaedah Pelaksanaan : Secara atas talian menggunakan aplikasi Cisco Webex / Live Facebook
Pautan : shorturl.at/cstwB

QR Code :

 

TENTATIF PROGRAM MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL e-KERJAYA 2021

Masa

Perkara

0730 - 0820

Daftar masuk Jawatankuasa Pelaksana / Peserta / Tetamu Jemputan

0820 - 0830

Daftar masuk Tetamu Kehormat

0830 - 0900

Majlis Perasmian

  • Bacaan doa
  • Ucapan aluan – En. Jimmy Kijon, Pengurus Pejabat PERKESO Bintulu
  • Ucapan Tetamu Kehormat – Prof. Madya Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Kampus, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB)
  • Simbolik Perasmian (Tayangan Video Pendek)
  • Sesi Fotografi
  • Bersurai

0930 - 1700

Sesi Temu Duga Bermula

 

SESI TEMU DUGA

Tarikh : 22 & 23 Oktober 2021 (Jumaat & Sabtu)

Masa : 9.30 pagi

Kaedah Pelaksanaan : Secara atas talian menggunakan aplikasi Cisco Webex

 

Sesi Temu Duga dijadual akan dilaksanakan 30 minit selepas Majlis Perasmian tamat atau lebih kurang jam 9.30 pagi. Calon akan menerima emel daripada pihak urus setia berhubung Penggiliran & Jadual Temu Duga beserta Pautan (link) yang akan digunakan untuk sesi temu duga kelak selewat - lewatnya pada 21 Oktober 2021 (Khamis). Sesi temu duga ini akan dilaksanakan secara atas talian sepenuhnya. Antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh calon adalah:

  • Calon dikehendaki menyediakan salinan lembut (softcopy) Resume / Curriculum Vitae masing - masing dalam format pdf sebelum sesi temu duga berlangsung untuk kegunaan semasa sesi temu duga kelak.
  • Platform yang akan digunakan untuk sesi temu duga adalah aplikasi Cisco Webex. Bagi memastikan kelancaran proses temu duga, calon dinasihatkan untuk memuat turun lebih awal aplikasi tersebut ke dalam peranti yang akan digunakan untuk sesi temu duga kelak. 
  • Calon dinasihatkan untuk bersedia dan masuk ke dalam meeting room melalui pautan yang diberikan 30 minit lebih awal daripada masa temu duga yang ditetapkan.
  • Anda diingatkan untuk berpakaian kemas dan sesuai untuk sesi Temu Duga.
  • Calon dinasihatkan agar mengambil perhatian keberkesanan dan fungsi video dan audio pada peranti yang digunakan agar berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah ketika sesi temu duga dijalankan.


Latest Update : Tue, 12 Oct 2021 (lanz)